Rabu, 9 September 2009

الاستعــــــــــاذه


Bab 1 :
الاستعــــــــــاذه

 

 Makna Isti’azah
Bahasa: Aku berlindung.
Istilah: Lafaz yang menhasilkan pelingdungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang dilaknat.
Sumber Lafaz Isti’azah.
Lafaz isti’azah yang mudah dan ringkas terdapat di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahli.Firman Allah S.W.T: (فإذا قرأت القرأن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم.)
Ertinya: Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan dengan Allah dari godaan syaitan yang di rejam.
(surah An-Nahli:98)
Dalam sepotong hadis, seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Qudri RA bahawa beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W membaca lafaz isti’azah setelah bangunnya dari malam dengan membaca lafaz isti’azah yang terdapat penambahan pada kalimah isti’azah iaitu: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.)
Genis2 Isti’azah:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم.(Lafaz bacaan yang di ajar oleh Malaikat Jibril A.S)
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم. (Lafaz yang di gemari oleh golongan ulama’ Salaf)
أعوذ بالله من الشيطان.
Cara Membaca Isti’azah:
Menurut Imam Nadzim RAH, lafaz isti’azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira dipermulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat2 suci Al-Quran.
Imam ‘Asim bersependapat dengan kesemua Imam Qurra’ membaca lafaz Isti’azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.
Keadaan2 Membacanya:
Salah seorang daripada Imam Qurra’ iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti’azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perlahan pada surah yang lain.
Imam Nafi’ yang juga merupakan salah seorang imam2 Qurra’, membaca lafaz Isti’azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al_Quran.
Imam ‘Asim bersependapat dengan kesemua imam2 Qurra’ di atas keadaan membaca Isti’azah.
Tempat Yang Disunatkan Membacanya Dengan Perlahan.
1.Ketika membaca berseorangan ataupun dikhalayak ramai.
2.Dalam sembahyang fardu mahupun sunat tidak kira siang mahupun malam,berseoarang ataupun berjemaah.
3.Ketika di waktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah. Selain dari tempat2 yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz Isti’azah boleh di baca dengan nada yang kuat.
Bacaan Lafaz Isti’azah Dengan Basmalah Dan Di Awal Surah.
Terdapat 4 cara yang telah di amalkan oleh Imam2 Qurra’ iaitu:
1.Berhenti pada lafaz Isti’azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.
2.Berhenti pada lafaz Isti’azah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.
3.Menyambung lafaz Isti’azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
4.Menyambung ketiga-tiganya sekali.

0 comments: