Ahad, 6 September 2009

ام القــــــرآن


Bab 4 :
ام القــــــرآن


Syarah:
Qurra’ mengfokuskan dengan (ر) dan (ن) iaitu Kisai dan ‘Asim mengekalkan huruf alif selepas daripada huruf Mim pada lafaz مــلك يوم الديــن.
Sepertimana dengan lafaz Nazim. Bagi Qurra’ yang lain membuang alif seperti ملك يوم الديــن tanpa memanjangkan pada huruf Mim dengan membuang huruf alif.
1.Qunbul anak murid kepada Ibnu Kasir membaca dengan huruf (س) pada lafaz (صرات) dan (الصرات) pada bacaan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Fatihah.
2.Qalaf dengan bacaan ishmam membunyikan huruf (ز) seakan menyebut huruf (ظ) ketika bacaan dengan lisan pada lafaz (صرات) dan (الصرات).
3.Qalad pada mula surah al-Fatihah dengan ishmam pada lafaz اهدنا الصرات seperti Qalaf, atau dengan (ص) seperti ahli Qurra’ yang lain yang telah membaca dengan (ص) pada setiap tajuk.
Syarah 2:
-Hamzah dengan dhommah pada kalimah bersambung dan berhenti misalnya: غير المغضوب عليهم. Pada ayat ini Hamzah membaca dengan dhommah pada kalimah عليهم ketika berhenti atau sambung.
‘Asim dan ahli Qurra’ yang lain membaca dengan baris kasrah pada kalimah di atas.
Syarah 3:
Nazim sesungguhnya telah mendhommahkan Mim Jama’ dan menyambungkan huruf wau dengan syarat terletak sebelum huruf berbaris pada keadaan bersambung contohnya:
انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضّآلّيـــــن
عليهمو<=عليهم
Mazhab Qurra’ pada Silah Mim Jama’
1.Ibnu Kasir hubungan dengan kadar 2 harakat.
2.Qalun hubungan bersalahan iaitu hubungan dengan sukun apabila bersambung mad mim, dengan kadar 2 harakat selepas hamzah putus 2 harakat dan 4 harakat.
3.Warsh hubungan dengan mim jama’ dengan kadar 6 harakat dengan syarat selepas hamzah terputus.
*’Asim dan baki Qurra’ mereka membariskan sukun mim jama’ yang selepas berbaris satu2nya bersambung.
Syarah 4:
Apabila datang mim jama’ sebelum huruf yang bersukun, maka tiap2 Qurra’ mendommahkan mim dan sambung tanpa silah, tanpa mad apabila datang mim sebelum sukun misalnya: عليهم القتل
‘Abu Amru dan Kisai akan baca dengan sukun dan kasrah misalnya: عليهم القتل
Tetapi Hamzah akan baca عليهم القتل walaupun tidak ada tanpa seperti di atas.
‘Asim dan baki Qurra’ akan baca dengan عليهم القتل iaitu dengan sukun. (باقون)

0 comments: