Ahad, 30 Ogos 2009

الهـــمز المـــفرد




Bab 10 :
الهـــمز المـــفرد




Hamzah mufrad ialah hamzah yang duduk secara sendirian.
Tetapi hamzah mesti berada kedudukkanف  (فعل) .
Contoh: يؤمن
         :يفعل
Tetapi bab ini imam yang bertanggungjawab ialah wars.
Wars menukarkan hamzah kepada huruf yang sesuai baginya misalnya :
تألمون = تالمون

Dalam kaedah mad badal setiap imam qurra’ wajib mendatangkan dua hamzah dalam satu kalimah.
Contohnya:baris fathah mesti tukar alif(ءادم=آدم).
                  :Baris dhomah mesti tukar huruf waw(وأوتوا).
                 :Baris kasroh mesti tukar huruf ya’(ايمانا).

*Baki qurra’ dan asim membaca seperti imam yang lain melainkan wars.


Sabtu, 29 Ogos 2009

نقـل حركـة الهـمزة إلـى السـاكن قبـلها




Bab 11 :
نقـل حركـة الهـمزة إلـى السـاكن قبـلها



Dalam bab Naqal baris huruf hamzah (ء) kepada huruf yang sukun yang berada sebelumnya, diharuskan bagi semua Qurra’ membaca dengan 2 wajah ketika hendak memulakan dengan kalimah (الإسم) dalam ayat 11 surah al-Hujurat.
(بئس الإسم الفسوق بعد آلإيمـــن)


Oleh itu, Imam ‘asim dan para rawinya(syu’bah dan hafs) akan turut membaca dengan naqal pada kalimah (بئس الإسم) dalam ayat 11 surah al-hujurat tersebut dengan 2 wajah.

Jika hendak memulakan bacaan pada kalimah (الإسم) terdapat 2 wajah yang boleh di baca:
1.dengan menyebut huruf hamzah (ء) wasal (الإسم)
2.dengan menyebut huruf  lam ta’rif (لام تعريف) terus (الإسم) tanpa hamzah wasal.



Jumaat, 28 Ogos 2009

وقف حــمزة وهشــام علــى الــهمز




Bab 12 :
وقف حــمزة وهشــام علــى الــهمز


Maksud tashil ialah pilihan ada 4 pilihan:
1.Ibdal(ganti)
2.Naqal(pindah)
3.Tashil baina 2(mempermudahkan)
4.Hazaf(buang)
Syarah(النقل)
Menggantikan hamzah kepada huruf yang sesuai baginya.misalnya(اطماننتم)(المومنون)semau qurra’ membaca(اطماءننتم)(المؤمنون)

Syarah  (النقل)
Pilihan hamzah kepada hamzah ketika waqaf misalnya(ملء)=(مل) dan (ذفء)=(ذف).

Syarah  (تسهيل س س  )
Menggantikan hamzah kepada huruf yany sesuai bagi barisnya.misalnya(ملأئكه)=(ملأيكه).

Syarah   (الحذف)
Membuangkan hamzah ketika waqaf misalnya(السماء)=(السما).
*Baki qurra’ dan asim membaca seperti imam yang lain,melainkan imam hamzah dan hisyam.

Rabu, 19 Ogos 2009

الإظهـار والإدغـام


الإظهـار والإدغـام

Syarah..

*Idghom terbahagi kepada 2 :
1.الإدغام الكبير
2.الإدغام الصغير

- Idghom kabir apabila bertemu 2 huruf berbaris dalam satu kalimah .
-Idghom soghir yang awalnya berbaris mati (sukun ) dan huruf yang keduanya berbaris hadapan.


*Dalam al-Quran kalimah Izhar Mutlak mempunyai empat iaitu:


1. صنـوان
2. قنـوان
3.دنـيا
4.بنـيان


Selasa, 18 Ogos 2009

بـاب ذال إذ


بـاب ذال إذ

Syarah..
-mengidghomkan huruf (الذال) pada kalimah( إذ) atau mengizharkan hanya kepada 6 huruf sahaja yang mana berada diawal kalimah dan berada selepas huruf (الذال) .
Huruf 2 tersebut :
1.   التاء    
2.الزاي                                                 
3 . الصاد
4. الدال
5.  السين
6.الجيم

* Perselisihan dan persefahaman pendapat .
 -Imam Asim , Nafi’ , Ibnu Kasir bersepakat dengan mengizharkan huruf  (الذال) pada kalimah (ذ إ ( apabila bertemu dengan 6 huruf tersebut .


Isnin, 17 Ogos 2009

بـاب دال قد


بـاب دال قد
Syarah..
Huruf 2 yang di idghomkan atau di izharkan pada huruf (الذال) di kalimah (القد) terdapat 8 jenis huruf tersebut yang mana mestulah berada di awal kalimah .Ianya juga mestilah berada di selepas kalimah (القد  ) .
Huruf 2 tersebut :
1.سين ال
2.الذال
3.الضاد
4.الظاء
5.الزاي
6.الجيم
7.الصاد
8.الشين

* Perselisihan dan persefahaman pendapat .
-Imam Asim ,Qalun ,dan Ibnu Kasir mengizharkan huruf (دال ال ( pada kalimah  (القد) pada semua huruf di atas tersebut.


Ahad, 16 Ogos 2009

تاء التأنيث


تاء التأنيث



-Di dalam bab ini membincangkan huruf2 yang di idhgomkan atau di izharkan kepada huruf ta’ ta’nis,ianya mempunyai 6 huruf,dengan syarat mestilah berada di awal kalimah dan berada selepas kalimah yang mempunyai ta’ ta’nis.Huruf2nya :
1  أنزلت سورة = س
  كذبت سمود = ث 2
3 = ص. حصرت صدورهم
4  = ز.كلما خبت زدنهم سعيرا
5 = ظ .كا نت ظالمة
6  = ج. وجبت جنوبها
*Asim,ibnu kasir,dan qalun akan membaca dengan mengizharkan semua huruf di atas apabila huruf2 ini berada selepas ta’ ta’nis.

Sabtu, 15 Ogos 2009

لام هل ولام بل


لام هل ولام بل



-Iktilaf qura’ pada lam (بل dan هل) pada lapan huruf iaitu ث –ض-  ظ-  ط-  ز-  س-  ن-  ت pada awal kalimah selepas kalimah هل dn selepas kalimah بلcontohnya :
  هل ثوّب الكفار –
با ضلّو عنهم _
بل ظننتم _
بل طبع الله _
هل تعلم له سميا _
*Asim dan baki qurra’ iaitu Nafiq,Ibnu kasir,dan Ibnu zakuan akan membaca dengan mengizharkan Lam Hal dan Lam Bal pada setiap huruf yang lapan.Kisai akan membaca dengan idghom.

Rabu, 12 Ogos 2009

احـكام النون السـاكنة والتنـوين


احـكام النون السـاكنة والتنـوين

Semua qurra’ bersepakat dengan mengidhomkan iaitu dengan bacaaan dengung pada huruf2 (ي ),(و ),(م ),( ن ) dan tampa degung dan jelas pada huruf (ر ),(ل ).
Imam hamzah dan kholaf akan mengidghomkan huruf Nun yang sukun dan tanwin dgn huruf wau dan ya’ dengan hukum idghom bila ghonnah .
Dengan syarat untuk mengidghomkan Nun yg sukun, ianya mestilah berada di akhir kalimah dan huruf daripada huruf2 idghom berada di awal kalimah yang kedua .Jika berada pada satu kalimah.ianya mestilah di izharkan kerana ianya sudah izhar mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut :
1.دنيا
2.بنيان
3.قنوان
4.صنوان
 -Semua qurra’ bersepakat mgizharkan huruf Nun yang sukun apabila bertemu dgn huruf Wau dan Ya’ pada satu kalimah .

Izhar
Dalam bacaan izhar semua qurra’ juga bersepakat akan mgizharkan Nun sukun dan Tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf yang 6 iaitiu ح, خ, ع, غ, ه,dan ء
Izhar bermaksud menjelaskan bacaan atau sebutan tampa dengung.
Contohnya :
1.ينهون
2.أنعمت
Iqlab
Dalam bacaan iqlab semua qurra’ yang tujuh bersepakat akan membaca idghom dan ikhfa’ apabila huruf Nun yang sukun dan tanwin bertemu dengan huruf Ba’ iaiti huruf iqlab .Pada tempat itu akan di letakan huruf Mim yang kecil .Dibaca dengan dibuka sedikit bibir mulut .
Iqlab bermaksud menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
 
Contohnya :
1.من بعده
2.أنبئونى

Ikhfa’
Dalam bacaan ikhfa’ semua qurra’ dengan membaca ikhfa’ pada huruf Nun yang sukun dan tanwin apabila bertemu dengan 15 huruf yang baki daripada huruf yang sebelum ini .Ianya juga dinamakan ikhfa’ syafawi.
Ikhfa’ bernmaksud tersembunyi/menyembunyi
Contoh :
1.أنصتو
2.ءأنذرتهم



Isnin, 10 Ogos 2009

مـذهب الـكسائ في إمالة هاء التأنيث في الـوقف


مـذهب الـكسائ في إمالة هاء التأنيث في الـوقف

Syarah..
*Di dalam bab ini menerangkan  tentang kisai’e pada huruf Ha’ ta’nis yang mana huruf ha’ Ta’nis yang apabila diwasalkan, dibaca dengan huruf ta’, manakala apabila diwaqafkan dibaca dengan huruf ha. Cnth; (رحمة,نعمة)
- Kisai’e hanya mengimalahkan Ha Ta’nith apabila ianya diwaqafkan.


* Ha’ Dhamir yang membawa maksud muzakkar, di mana juga apabila disambung dibaris,dan apabila diwaqaf dibaca dengan sukun. Cnth: (معاذرة, كتابة)
- Di sini Kisai’e tidak mengimalahkan bacaan.


*Ha’Saktah, bacaannya adalah sukun tidak kira ia diwasalkan atau diwaqafkan.Cnth: (ماليه, كتابيه)
- Di sini juga Kisai’e tidak mengimalahkan bacaan.

KISAIE ada mazhab pada imalah ketika wakaf iaitu :
-Mazhab Tafsili
-Mazhab Ijmali


*Kesimpulan yang hendak saya buat disini Imam Asim dan bersama Baki Qurra’ yang lain akan  membaca dengan fathah pada ha’ ta’nis ketika waqaf.