Selasa, 8 September 2009

بســـــــــــمله

Bab 2 :
بســـــــــــمله

1.Basmalah adalah asal dari lafaz bismillahirrahmanirrahim.
2.Adalah lafaz basmalah itu terdapat dalam Al-Quran pada surah An-Namlu: ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya ia(surat) daripada Sulaiman dan sesungguhnya isi kandungannya bismillahirrahmanirrahim.”
3.Hukum membaca basmalah diawal surah adalah dituntut(sunat) kecuali diawal surah At-Taubah(bara’ah) kerana: -
(a)Basmalah ditak ditulis diawal surah At-Taubah sebaliknya ditulis diawal surah2 yang lain.
(b)Surah At-Taubah diturunkan ketika perang.Perang adalah huru hara dan basmalah adalah keamanan.Tidak mungkin berhimpung keamanan dan huru hara dalam satu masa.
Kata Ibnu ‘Abbas:
“Saya telah bertanya kepada Saidina ‘Ali bin Abi Talib ‘kenapa tidak ditulis basmalah dipermulaan surah bara’ah(at-taubah)?’.Jawabnya:Kerana basmalah itu aman sedangkan bara’ah tidak aman kerana ia diturunkan diwaktu peperangan.
4.Ulama’ berselisih pendapat mengenai tahap larangan tersebut :-
(a)Syeikh Ar-Ramli mengatakan makruh membaca basmalah diawal surah At-Taubah dan sunat dipertengahannya.
(b)Imam Ibnu Hajar, Syeikh Al-khatib dan Imam Asy-Syatibi mengatakan haram membaca basmalah dipermulaan surah At-taubah dan makruh dipertengahannya.
Kata Imam Asy-Syatibi:
“Dan tidak dapat tidak(mesti) mendatangkannya(basmalah) dipermulaan surah melainkan diawal surah at-taubah dan dipertengahannya adalah pilihan bagi orang yang membaca.”
5.Qolun,Kisa’iy, ‘Asim, dan Ibn Kathir membaca basmalah diawal surah lain kecuali pada surah At-Taubah.
6.Ibn ‘Amir,Warsy dan Abu ‘Amru membaca 3 wajah:-
a.Basmalah pada semua surah kecuali pada surah Al-Anfal dan surah At-Taubah.
b.Sambung tanpa basmalah
c.Saktah tanpa basmalah.

7.’Asim membaca basmalah mengikut Ulama’ Khalaf atau Qurra’ yang lain misalnya:
-membaca basmalah diawal surah kecuali surah bara’ah(At-Taubah).

8.Sunat membaca basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan lebih2 lagi ketika hendak membaca A-Quran samada dipermulaan surah atau dipertengahannya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan bismillahirrahmanirrahim, maka ia terputus(keberkatannya).
Riwayat Abu Daud

Cara Membaca Basmalah Diantara 2 Surah.
Jika pembaca Al-Quran telah menamatkan akhir ayat sesuatu surah, kemudian hendak menambung bacaannya dengan surah yang berikutnya dengan bacaan ayat basmalah, maka diharuskan dia menbaca dengan salah satu cara berikut:
1.Berhenti pada akhir surah pertama dan juga pada basmalah,kemudian membaca awal surah ke-2.
2.Berhenti pada akhir surah pertama, kemudian membaca basmalah dan disambungkan dengan awal surah ke-2.
3.Menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan awal surah ke-2.
*Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah ke-2(kerana basmalah dijadikan diawal surah dan bukan diakhir surah)
*Kata Imam Asy-Syatibi maksudnya “Dan jika kamu sambungkan ia(basmalah) dengan penghujung mana2 surah maka jangan sesekali kamu waqaf padanya(jika kamu waqaf) maka kamu telah melakukan kesalahan yang besar(berat)”
Basmalah Antara Surah Al-Anfal Dengan At-Taubah.
Adapun bacaan antara akhir surah Al-Anfal denga awal ayat surah At-Taubah ia tidak dimulai dengan tulisan basmalah padanya, maka diharuskan membaca dengan salah satu cara berikut:
1.Berhenti diakhir surah Al-Anfal, kemudian menyambung bacaan dengan awal ayat surah At-Taubah.
2.Waqaf diakhir ayat surah Al-Anfal, kemudian menyambung bacaan dengan awal ayat surah At-Taubah.
3.Menyambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah sekaligus dengan satu nafas tanpa berhenti dan waqaf.



0 comments: