Jumaat, 7 Ogos 2009

الوقـف على أواخر الكلـم


الوقـف على أواخر الكلـم

- Bahasa : berhenti atau menahan.-
- Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.
- Asal waqaf adalah sukun (
السكون ) Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.
-Imam Asim,Hamzah, Kisai’e ,dan Abu Amru akan  mewaqafkan bacaan dengan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam berdasarkan riwayat yang baik.
- Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan Al-
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.
- Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.



Ar Raum


Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.


Syarat2 terjadi Ar raum

1. Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
2. Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
3. Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
4. Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


Al Isymam


Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring selepas huruf di sukun.



Syarat2 terjadi Al Isymam


1. Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
2. Huruf diwaqafkan mestilah menjadi sukun.

3. Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
4. Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat iaitu Imam Asim dan baki yang lain mempunyai 3 wajah :


1. As-Sukun
2. Al-Raum
3. Al-Isymam

* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:


1.As-Sukun
2.Ar-Raum

* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu:


1.As Sukun

* Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

 Ha’ Ta’ nis
1.  Ta’ marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh:
رحمة- نعمة

2.  Ta’ Ta’ nis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh:
ورحمت – بقيت الله

3. Mim Jama’
contoh:
عليكم

4. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh:
فلينظر الإنسان

* Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, dan ya’ sukun.
* Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.


























0 comments: