Rabu, 12 Ogos 2009

احـكام النون السـاكنة والتنـوين


احـكام النون السـاكنة والتنـوين

Semua qurra’ bersepakat dengan mengidhomkan iaitu dengan bacaaan dengung pada huruf2 (ي ),(و ),(م ),( ن ) dan tampa degung dan jelas pada huruf (ر ),(ل ).
Imam hamzah dan kholaf akan mengidghomkan huruf Nun yang sukun dan tanwin dgn huruf wau dan ya’ dengan hukum idghom bila ghonnah .
Dengan syarat untuk mengidghomkan Nun yg sukun, ianya mestilah berada di akhir kalimah dan huruf daripada huruf2 idghom berada di awal kalimah yang kedua .Jika berada pada satu kalimah.ianya mestilah di izharkan kerana ianya sudah izhar mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut :
1.دنيا
2.بنيان
3.قنوان
4.صنوان
 -Semua qurra’ bersepakat mgizharkan huruf Nun yang sukun apabila bertemu dgn huruf Wau dan Ya’ pada satu kalimah .

Izhar
Dalam bacaan izhar semua qurra’ juga bersepakat akan mgizharkan Nun sukun dan Tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf yang 6 iaitiu ح, خ, ع, غ, ه,dan ء
Izhar bermaksud menjelaskan bacaan atau sebutan tampa dengung.
Contohnya :
1.ينهون
2.أنعمت
Iqlab
Dalam bacaan iqlab semua qurra’ yang tujuh bersepakat akan membaca idghom dan ikhfa’ apabila huruf Nun yang sukun dan tanwin bertemu dengan huruf Ba’ iaiti huruf iqlab .Pada tempat itu akan di letakan huruf Mim yang kecil .Dibaca dengan dibuka sedikit bibir mulut .
Iqlab bermaksud menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
 
Contohnya :
1.من بعده
2.أنبئونى

Ikhfa’
Dalam bacaan ikhfa’ semua qurra’ dengan membaca ikhfa’ pada huruf Nun yang sukun dan tanwin apabila bertemu dengan 15 huruf yang baki daripada huruf yang sebelum ini .Ianya juga dinamakan ikhfa’ syafawi.
Ikhfa’ bernmaksud tersembunyi/menyembunyi
Contoh :
1.أنصتو
2.ءأنذرتهم



0 comments: