Khamis, 3 September 2009

الـــمد و الـــقصر




Bab 7 :
الـــمد و الـــقصر


Mad dari segi bahasa lebih/tambahan.
Mad dari segi Istilah pula ialah memanjangkan sebutan suara lebih dari 2 harakat dengan huruf  Mad (pemangjang) pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah(ء) atau tanda sukun.
Qasr dari segi bahasa ialah tahanan/tetapan.
Qasr dari segi Istilah pula ialah menetap sebutan suara diatas huruf mad tanpa tambahan/memanjangkan sebutan suara tidak lebih dari 2 harakat.
*Huruf Mad ada 3:
1. Alif(ا) huruf sebelumnya berbaris atas. Contoh: قال
2. Wau(و) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contoh : يقول
3. Ya’(ي) huruf sebelumnya berbaris bawah. Contoh: قيل
Bahagian Mad:
Mad terbahagi kepada 2 bahagian besar:
1.Mad Asli (Mad Asas)
2.Mad Far’I (Mad Cabangan)
*Mad Asli ini mad yang asal wujudnya bagi huruf2 yang bertemu dengan huruf2 mad. Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. Ia dibaca 2 harakat ketika sambung atau berhenti. Mad asli juga dinamakan mad  tabi’i.
*Mad far’I, mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran mad asli disebabkan adanya huruf  hamzah atau tanda sukun selepas huruf mad maka bacaannya lebih panjang daripada mad asli. Ia terbahagi kepada 3 bahagian:
1.Mad Munfasil
*Huruf mad berada diakhir kalimah yang pertama, dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikut, maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan dalam 2 kalimah. Ia juga dinamakan mad ja’iz kerana para ulama qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya, diantaranya ada yang membacanya dengan kadar 2 harakat, empat atau lima harakat, dan ada yang membacanya denga 6 harakat. Menurut Hafs mad munfasil harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan huruf  mad bersambung dengan huruf  hamzah selepasnya, jika berhenti bacaan diatas huruf mad maka huruf sebelumnya dibaca 2 harakat.
2. Mad muntasil
*Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah ia juga dinamakan mad wajib kerana ulama qurra’ bersepakat memadkannya  lebih daripada mad asli iaitu denga harakat 4,5 atau 6 harakat.
3.Mad badal
*Huruf mad ditukar daripada huruf hamzah, asalnya terhimpun 2 huruf hamzah dalam satu kalimah, manakala huruf hamzah  pertama berbaris, huruf hamzah kedua bertanda sukun lalu ditukarkan huruf hamzah kedua kepada huruf  mad menurut baris huruf mad yang pertama, Imam Hafs membaca dengan kadar 2 harakat. Semua baki qurra’ membaca 2 harakat harakat kecuali ahli al-ada’ dan Warsy


0 comments: