Khamis, 10 September 2009

Penghargaan


Penghargaan
﴿بسم الله الرّﲪـن الرّحيـﻢ﴾
Alhamdulillah, dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat kami siapkan kerja kursus berkumpulan ini dalam masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
Bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dapat menyiapkan buku panduan mengenai pembacaan kitab suci al-Quran didalam aspek ilmu qiraat ini.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah kami, al-Fadhil Ustaz Mohammad Zaki Bin Abdu Hamid yang banyak memberi komitmen dan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Seterusnya, ucapan penghargaan ini turut ditujukan kepada kedua ibu bapa kami yang turut memberi dorongan dan sokongan dari segi kewangan dalam menjayakan hasil kerja kami ini.
Alhamdulillah, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, yang turut berganding bahu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Hasil semangat kerjasama dan saling membantu antara kami, tugasan seperti ini dapat dilaksanakan walaupun pada mulanya terdapat kesulitan.
Secara keseluruhannya, terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini, Alhamdulillah, sekian terima kasih...

0 comments: