Isnin, 7 September 2009

إدغــــــام كابير



Bab 3 :
 إدغــــــام كابير


Makna Idhgam:
Bahasa: Memasukkan
Istilah: Menyebut 2 huruf dengan satu huruf yang bertanda tasydid.
Bahagian Idhgam:
Terbahagi kepada 2:
1.Idhgam Kabir
2.Idhgam Shogir
-Idhgam kabir ialah apabila 2 huruf yang sama, berbaris dan dalam satu kalimah.
-Idhgam Shogir ialah huruf pertama yang berbaris sukun dan huruf yang kedua berbaris.
Sebab-Sebab Idhgam:
1.sama = المتماثليــن
2.sejenis = المتجانسيــن
3.dekat = المتقاربيــن
-Idhgam Kabir dibaca oleh semua ahli Qurra’ termasuk Imam ‘Asim sebagaimana biasa yang tertulis di dalam al-Quran.
-Semua Qurra’ termasuk Imam ‘Asim membaca kalimah وجوههم في dengan zahir bukannya dengan Idhgam.

Ahad, 6 September 2009

ام القــــــرآن


Bab 4 :
ام القــــــرآن


Syarah:
Qurra’ mengfokuskan dengan (ر) dan (ن) iaitu Kisai dan ‘Asim mengekalkan huruf alif selepas daripada huruf Mim pada lafaz مــلك يوم الديــن.
Sepertimana dengan lafaz Nazim. Bagi Qurra’ yang lain membuang alif seperti ملك يوم الديــن tanpa memanjangkan pada huruf Mim dengan membuang huruf alif.
1.Qunbul anak murid kepada Ibnu Kasir membaca dengan huruf (س) pada lafaz (صرات) dan (الصرات) pada bacaan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Fatihah.
2.Qalaf dengan bacaan ishmam membunyikan huruf (ز) seakan menyebut huruf (ظ) ketika bacaan dengan lisan pada lafaz (صرات) dan (الصرات).
3.Qalad pada mula surah al-Fatihah dengan ishmam pada lafaz اهدنا الصرات seperti Qalaf, atau dengan (ص) seperti ahli Qurra’ yang lain yang telah membaca dengan (ص) pada setiap tajuk.
Syarah 2:
-Hamzah dengan dhommah pada kalimah bersambung dan berhenti misalnya: غير المغضوب عليهم. Pada ayat ini Hamzah membaca dengan dhommah pada kalimah عليهم ketika berhenti atau sambung.
‘Asim dan ahli Qurra’ yang lain membaca dengan baris kasrah pada kalimah di atas.
Syarah 3:
Nazim sesungguhnya telah mendhommahkan Mim Jama’ dan menyambungkan huruf wau dengan syarat terletak sebelum huruf berbaris pada keadaan bersambung contohnya:
انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضّآلّيـــــن
عليهمو<=عليهم
Mazhab Qurra’ pada Silah Mim Jama’
1.Ibnu Kasir hubungan dengan kadar 2 harakat.
2.Qalun hubungan bersalahan iaitu hubungan dengan sukun apabila bersambung mad mim, dengan kadar 2 harakat selepas hamzah putus 2 harakat dan 4 harakat.
3.Warsh hubungan dengan mim jama’ dengan kadar 6 harakat dengan syarat selepas hamzah terputus.
*’Asim dan baki Qurra’ mereka membariskan sukun mim jama’ yang selepas berbaris satu2nya bersambung.
Syarah 4:
Apabila datang mim jama’ sebelum huruf yang bersukun, maka tiap2 Qurra’ mendommahkan mim dan sambung tanpa silah, tanpa mad apabila datang mim sebelum sukun misalnya: عليهم القتل
‘Abu Amru dan Kisai akan baca dengan sukun dan kasrah misalnya: عليهم القتل
Tetapi Hamzah akan baca عليهم القتل walaupun tidak ada tanpa seperti di atas.
‘Asim dan baki Qurra’ akan baca dengan عليهم القتل iaitu dengan sukun. (باقون)

Sabtu, 5 September 2009

إدغام الحرفيــن المتقـــاربين والمتجانسيــن في كلمة و في كلمتيــن





Bab 5 :
إدغام الحرفيــن المتقـــاربين والمتجانسيــن في كلمة و في كلمتيــن



Di dalam bab ini membincangkan tentang keadaan bacaan yang dibaca oleh Susi iaitu anak murid kepada Abu Amru yang membaca dengan keadaan idhgam dan izhar.
Di dalam syarah tentang Susi yang membaca idhgam apabila 2 huruf yang berada dalam satu kalimah akan berubah keadaan bacaannya apabila terdapat tanda2 dan syarat2 yang tertentu.
Misalnya Susi akan membaca dengan idhgam apabila 2 huruf yang dekat dan berbaris dalam satu kalimah Susi akan mengidhgamkan 2 huruf iaitu huruf Qaf dan Kaf seperti di dalam perkataan يرزقكم Susi mengidhgamkan huruf Qaf ke dalam huruf Kaf
Syarat2nya..
1.Sebelum huruf Qaf terdapat huruf yang berbaris
2.Selepas huruf Kaf terdapat huruf Mim yang menjadi alamat bagi semua.
*bacaan yang mengidhgamkan huruf Qaf kedalam huruf Kaf seperti terdapat tasydid pada huruf Kaf dan menyembunyikan lansung huruf Qaf.
‘Asim dan baki Qurra’ membaca dengan izhar dalam semua keadaan.

Jumaat, 4 September 2009

الهــــــأ كــــــناية





Bab 6 :
الهــــــأ كــــــناية


Syarah
Ha Dhomir yang daripadanya satu ghaib dan kedaannya seperti:
1.Sebelumnya huruf yang berbaris dan selepas sukun:
2.Terletak antara dua sukun seperti (منه اسمه) dan hukumnya pada keduanya ketiadaan hubungan pada tiap Qurra’
3.Terletak diantara 2 huruf yang berbaris. (لا تحرك به سانك تجعل به)
 Hukumnya sambung pada setiap Qurra’ dengan kadar 2 harakat melainkan selepas hamzah terputus.
4.Datang sebelumnya huruf sukun dan selepasnya berbaris
 Hukumnya sambung dalam kadar 2 harakat bagi Ibnu Kathir dan salah satunya sebagaimana terdapat dalam al-Quran dan bersamanya Hafs pada silah ha (هأ)
Syarah 2:
-Kalimah (يؤده إليه) pada 2 tempat.
1.Baca denga sukun Ha’ pada kalimat yang disebut difokus dengan (ح), (ص), (ف) dan Hamzah, Syu’bah dan Abu ‘Amru.
2.Hafs baca dengan sukun Ha’ beserta sambung.


Khamis, 3 September 2009

الـــمد و الـــقصر




Bab 7 :
الـــمد و الـــقصر


Mad dari segi bahasa lebih/tambahan.
Mad dari segi Istilah pula ialah memanjangkan sebutan suara lebih dari 2 harakat dengan huruf  Mad (pemangjang) pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah(ء) atau tanda sukun.
Qasr dari segi bahasa ialah tahanan/tetapan.
Qasr dari segi Istilah pula ialah menetap sebutan suara diatas huruf mad tanpa tambahan/memanjangkan sebutan suara tidak lebih dari 2 harakat.
*Huruf Mad ada 3:
1. Alif(ا) huruf sebelumnya berbaris atas. Contoh: قال
2. Wau(و) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contoh : يقول
3. Ya’(ي) huruf sebelumnya berbaris bawah. Contoh: قيل
Bahagian Mad:
Mad terbahagi kepada 2 bahagian besar:
1.Mad Asli (Mad Asas)
2.Mad Far’I (Mad Cabangan)
*Mad Asli ini mad yang asal wujudnya bagi huruf2 yang bertemu dengan huruf2 mad. Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. Ia dibaca 2 harakat ketika sambung atau berhenti. Mad asli juga dinamakan mad  tabi’i.
*Mad far’I, mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran mad asli disebabkan adanya huruf  hamzah atau tanda sukun selepas huruf mad maka bacaannya lebih panjang daripada mad asli. Ia terbahagi kepada 3 bahagian:
1.Mad Munfasil
*Huruf mad berada diakhir kalimah yang pertama, dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikut, maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan dalam 2 kalimah. Ia juga dinamakan mad ja’iz kerana para ulama qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya, diantaranya ada yang membacanya dengan kadar 2 harakat, empat atau lima harakat, dan ada yang membacanya denga 6 harakat. Menurut Hafs mad munfasil harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan huruf  mad bersambung dengan huruf  hamzah selepasnya, jika berhenti bacaan diatas huruf mad maka huruf sebelumnya dibaca 2 harakat.
2. Mad muntasil
*Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah ia juga dinamakan mad wajib kerana ulama qurra’ bersepakat memadkannya  lebih daripada mad asli iaitu denga harakat 4,5 atau 6 harakat.
3.Mad badal
*Huruf mad ditukar daripada huruf hamzah, asalnya terhimpun 2 huruf hamzah dalam satu kalimah, manakala huruf hamzah  pertama berbaris, huruf hamzah kedua bertanda sukun lalu ditukarkan huruf hamzah kedua kepada huruf  mad menurut baris huruf mad yang pertama, Imam Hafs membaca dengan kadar 2 harakat. Semua baki qurra’ membaca 2 harakat harakat kecuali ahli al-ada’ dan Warsy


Rabu, 2 September 2009

الهـــمزتين من كــــلمة




Bab 8 :
الهـــمزتين من كــــلمة



Apabila berhimpun 2 huruf hamzah dalam satu kalimah

Syu’bah membaca dengan tahqiq pada kedua2 huruf hamzah pada lafaz (ءأعجميّ وعربيّ) pada surah al-Fussilat.

Kemudian pada ayat (قال فرعونءامنتم به) surah al-A’raf, syu’bah dan baki Qurra’ membaca tahqiq pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua

Selasa, 1 September 2009

الهـــمزتين من كـــلمتين




Bab 9 :
الهـــمزتين من كـــلمتين


*Baki Qurra’ selain ahli samawi (Nafi’, Ibn Kasir, Abu Amru) iaitu Ibn Amir dan Kuffiun (Asim,
Hamzah, dan Kisaie) membaca dengan hamzah yang sempurna. Apabila berhenti pada kalimah yang
 akhirnya hamzah yang pertama dan sambung denga yang kedua, maka tidak boleh diubah hamzah
muhaqqah pada setiap Qurra’ kerana ia (التعييرت) didalam hamzah yang kedua tidak terjadi kecuali
keadaannya bersambung pada dua kalimah sebahagiannya.