Ahad, 9 Ogos 2009

مذاهب القراء في الراءات


مذاهب القراء في الراءات

Wrash akan menipiskan huruf yg berbaris fathah atau berbaris dhomah dgn 3 syarat :
1.Sebelum huruf ra’ terdapat huruf ya’ yang sukun di dalam satu kalimah misalnya (بشيرا ) (خير لّكم )
(ودّكثر ).
2.sebelum huruf ra’ terdapat huruf yang berbaris bawah di dalam satu kalimah misalnya (سراجا ) (مبشّرا ) dan seumpama dgnya.
3.Sebelum huruf ra’ terdapat huruf yang sukun dan sebelumnya berbaris bawah serta huruf yang sukun tersebut bukanlah terdiri dari huruf2 yang istila’ , kecuali huruf kho’ seperti (إجرامي ) (إخراج ) dan seumpamaanya.

Syarah..
-Tidak terdapat daripada huruf istila’ huruf sukun diantara ra’ dan huruf2 yang berbaris kasroh,kecuali )ص( misalnya (إصراهم ) (مصرا ).
-Dan (ط) seperti (قطرا ) (قطرت ) dan apabila waqof (وقرا ).
-Maka ra’ akan ditebalkan selepas huruf2 tersebut (ص ) (ط ) (ق ).
**Baki qurra’ iaitu Imam Asim dan selain Warsh akan membaca dgn tebal dalam bait ini kecuali pada huruf2 ini (ص ) (ط ) (ق ) akan dibaca dengan nipis.


Sabtu, 8 Ogos 2009

باب اللا مات


باب اللا مات
Warsh akan menebalkan huruf lam yang berbaris fathah sama ada bertasydid ataupun tidak , sekiranya sebelum huruf lam terdapat huruf (ص) atau (ط) atau (ظ) dan ketiga2 huruf tersebut berbaris sukun ataupun berbaris fathah .

Contohnya :
1.Lam berbaris dhomah
2.Lam berbaris kasrah
3.Lam berbaris sukun

Syarah..
Warsh akan membaca dgn khilaf pada lam apabila sebelumnya terdapat huruf alif iaitu pada lafaz (طال) .maka warsh akan dgn 2 wajah ,nipis dan tebal .Dan lafaz (فصالا).

Contohnya :            
1.حتى طال عليم العمر (سورة النساء )
2.افطال عليكم العهد (سورة طه )
3.فطال عليكم الأمر (سورة الحديد )
4.أن يصلحا (سورة النساء )
*Semua qurra’ telah bersepakat ,menipiskan Lam pada lafaz2 daripada nama Allah apabila Lam terletak selepas huruf yang berbaris kasrah .
Contohnya :  اللّه بسم
Jika huruf ص, ط,dan ظ yang berbaris kasroh ,maka ,Lam tersebut perlu dibaca dgn nipis hanya pada keadaan tersebut sahaja .
-Lafaz al JALALAH iaitu kalimah Allah walaupun dimasuki mim bertasydid di hujungnya contohnya :
1.اللّه
2.اللّهم
Lam ditebalkan apabila Lam terletak selepas fathah atau dhomah misalnya (إن اللّه ) (شهد اللّه ).
Lam lafaz al JALALAH h iaitu lam berbaris fathah yg terdapat pada kalimah Allah .Baginya 2 hukum iaitu tebal dan nipis .
*Smua ahli Qurra’ bersepakat pendapat pada bacaan lafaz  الجلا له
Syarah
Dibac taqhliz apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhomah :
1.سبحنك اللّه = fathah
2.يعلم اللّه = dhomah
Kata imam Ibnu Al Jazar
“Maka tebalkanlah olehmu akan Lam pada lafaz al jalalah yang didahului baris fathah atau dhomah “
Dibaca tarqiq apabila huruf berbaris kasrah cntohnya :
1.بسم اللّه
2.قل اللّهم
Kata imam al Syatibi
“Dan setiap Lam pada lafaz al jalalah yg berada selepas baris kasrah hrndaklah di nipiskan ia hinggalah disulai apa yg dibaca “


Jumaat, 7 Ogos 2009

الوقـف على أواخر الكلـم


الوقـف على أواخر الكلـم

- Bahasa : berhenti atau menahan.-
- Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.
- Asal waqaf adalah sukun (
السكون ) Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.
-Imam Asim,Hamzah, Kisai’e ,dan Abu Amru akan  mewaqafkan bacaan dengan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam berdasarkan riwayat yang baik.
- Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan Al-
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.
- Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.



Ar Raum


Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.


Syarat2 terjadi Ar raum

1. Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
2. Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
3. Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
4. Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


Al Isymam


Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring selepas huruf di sukun.



Syarat2 terjadi Al Isymam


1. Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
2. Huruf diwaqafkan mestilah menjadi sukun.

3. Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
4. Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat iaitu Imam Asim dan baki yang lain mempunyai 3 wajah :


1. As-Sukun
2. Al-Raum
3. Al-Isymam

* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:


1.As-Sukun
2.Ar-Raum

* Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu:


1.As Sukun

* Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

 Ha’ Ta’ nis
1.  Ta’ marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh:
رحمة- نعمة

2.  Ta’ Ta’ nis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh:
ورحمت – بقيت الله

3. Mim Jama’
contoh:
عليكم

4. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh:
فلينظر الإنسان

* Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, dan ya’ sukun.
* Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.


























Khamis, 6 Ogos 2009

الوقف على مرسوم الخطالوقف



الوقف على مرسوم الخط




Imam Asim ,Hamzah,Kisai’e,dan AL-MAZINY( Abu Amru dan Nafi’) mengharuskan mengikut
Resam Usmany ketika waqaf dalam dua keadaan:


1.
وقف إختباري
2.
وقف إضطراري

* Ibnu Kasir, Abu Amru dan Al-kisaie mewaqafkan Ha’ Ta’ nis yang ditulis ta’ dalam
mushaf Usmany dengan ha’.


* Baqi Qurra’ iaitu Asim dan yang lain  tetap membaca dengan ta’ seperti kaedah asalnya.
- Adapun tempat-tempat Ha’ Ta’ nis dalam mushaf seperti berikut:
1.  lafaz 7
رحمت pada tempat di dalam mushaf
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 218
2.  Lafaz
نعمت ; 11tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 231
3.  Lafaz
سنت ; 5 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Fatir ayat 43
4.  Lafaz
امرأت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Ali Imran ayat 35
5.  Lafaz
بقيت ; surah Hud ayat 86
6.  Lafaz
قرت; surah Al-Qasas ayat 9
7.  Lafaz
فطرت; surah Ar-Rum ayat 30
8.  Lafaz
شجرت; surah Ad-Dukhan ayat 43
9.  Lafaz
لعنت; surah An-Nur ayat 7
10. Lafaz
ابنت ; surah At-Tahrim ayat 12
11. Lafaz
جتت ; surah Al-Waqiah ayat 89
12. Lafaz
معصيت ; surah Al-Mujadalah ayat 8 dan 9
13. Lafaz
كلمت ; surah Al-A’raf ayat 115




Rabu, 5 Ogos 2009

مذاهب القراء في ياءات الإضافة


مذاهب القراء في ياءات الإضافة
Ya’ izafah ialah ya’ za’idah iaitu ya’ yang ditambah pada kalimah asli,dan tidak duduk sebagai lam fe’el dalam kalimah.
Alamat ya’ izafah ialah boleh menukar huruf ya’ tersebut kepada huruf kaf atau ha’ contohnya :ضيفي  -فطرني
Ya’ yang terletak pada kalimah sebagai lam fe’el adalah ya’asli untuknya dan tiada khilaf cntoh :- الزاني  الداعي
Pembahagian ya’al izafah :
1. Ya’ izafah yang selepasnya hamzah qoto’ yang fathah cntoh :  أخافإنى terdapat pada 99 tempat.
2. Ya’ izafah yg selepasnya hamzah qoto’ yg kasroh cntohnya :  إلى اللهوحزني.Terdapat pada 52 tempat.
3. Ya’izafah yg selepasnya hamzah qoto’ yg dhomah contohnya :  أمرتإنى.terdapat pada 10 tempat.
4. Ya’ izafah yg selepasnya alif lam ta’rif cntohnya :  الصلحونعبادي .Terdapat pada14 tempat.
5. Ya’ izafah yg selepasnya hamzah wasol mufrodhoh cnyohnya : نى صطفيتكإ .trdapat pada 7 tempat.
6. Ya’ izafah yg selepasnya huruf2 selain dari hamzah qoto’ atau hamzah wasol.contohnya :  ومماتيومحياى .Terdapat pada 30 tempat.
*Imam asim dan baki qurra’yg lain akan mengsukunkan ya’ yang datang selepasnya hamzah qoto’ iaitu pada 4 tempat berikut :
1. رب أرنى أنظرإليك قال(surah al a’raf )
2.ولا تفتنى الا فى الفتنة سقطو (surah taubah )
3.فاتبعنى أهدك صراطا سويا(surah maryam )
4.وإلا تغفرلى وترحمنى أكن من الخسرين(surah hud )
*Imam asim dan baki qurra’ yg lain selain warsh dan bazzi akan mengsukunkan ya’ pada kalimah :
1.  ذرونى اقتل موسى(surah ghafir )
2.  ادعونى استجبلكم (surah ghafir )
3.فاذكرونى أذكركم (surah al baqarah )
*Imam asim dan baki qurra’selain imam Nafi’ membaca dengan sukun ya’ pada kalimah :
1. ليبلونى ءأشكر أم أك(surah naml)
2.  هذه سبيلى أد عو إلى اللهقل(surah
*Hafs,ahlu sama’,dan Ibnu Amir akan membaca ya’ yang berada dalam perkataan  ) معي ) dengan baris fathah pada 2tempat :
1. فقل لن تخرجو معى أبدا (s.taubah )
2. قل أرءيتم إن أهلكنى الله ومن معى أورحمنا (s.mulk )
Syu’bah,hamzah,dan kisai’ akan membaca ya’ pada  2 tempat tersebut dengan sukun.

Syarah
Dalam bahagian ini , imam a’sim dan baki qurra’ akan membaca ya’ pada 5 tempat berikut dengan sukun :
1.بناتي إن كنتم فاعلين  (s.Hijr )
2.من أنصاري الى الله  ( s.al imran, s.saff )
3.أن اسر بعبادي إنّكم  ( syu’ra )
4. وأنّ عليك لعنتي إلى يوم الد]ن  (s.sod )
5.ستجدني إن شاء الله  (s.kaf, s.qisos, s.soffat )
*imam asim dan baki qurra’ selain warsh akan sukunkan ya’ pada kalimah  إخوتي إنّربيّ وبين (surah yusuff).
*Hafs ,nafi’,dan Abu amru membaca ya’ pada kalimah  إليك يدي     (surah maidah)
Imam asim dan baki qurra’ yang lain akan membaca ya’ pada tempat2 berikut dgn baris fathah :
1. وامّي إلهين (s. maidah )
2.على الله   أن أجري( s. yusuff )
3.أن أجري إلا على ربّ العلمين  ( s. syu’ara )
*Imam Asim dan baki qurra’ selain Nafi’ dan Abu Amru akan mengsykunkan ya’ pada 8 tempat :
1.أنى أنى أرني أعصر=
2.أنى أراني احمل= أرني
3.باءذن لي ابي= لي  
4. ولا تحذون في ضيفي أليس= ضيفي
5. ويسر لي أمري
6. من دوني أولياء= دوني
7. أجعل لي إية
8. أجعل لي إية
Imam Asim dan baki qurra’ selain Nafi’,Abu Amru,Bazzi akan mensukunkan 4kalimah di bawah :
1. ولكني الركم
2. ولكني الركم
3. من تحتي افلا
4. امي اراكم بخير
Imam Asim dan baki qurra’ selain Nafi’ dan Ibnu Kasir akan membaca ya’ pada 4 tempat berikut dgn sukun :
1. ييدخذ نفي أن تذهبوبه (surah yusuff)
2. أتعدا نني أن اخراج (syrah ahqaf)
3. حشرتني اعمى (surah taha)
4. افغريرالله تاءمروني اعبد (surah zumar)

Syarah

 -Ya’ izafah yang datang selepasnya hamzah qoto’ mazmumah terdapat pada 10 tempat. Imam Asim dan qura’-qura’ yang lain selain imam Nafi’ mengsukunkan bacaan ya’ pada’ 10 tempat tersebut :
1. ني أعيذ ها بكإ
2. اني اريد أن تبوأ
3. غاني أعذبه عذابا
4. اني امرت
5. اني امرت
6. قال عذابي اصيب به
7. اني أشهد الله
8. أني أوفي الكيل
9. إني ألقي
10.        إني أريد أن أنكحك
-Tujuh qurra’ bersepakat mensukunkan ya’ pada 2 tempat berikut :
1. وأوفو بعهدي أوفف بعهدكم (surah baqarah )
2. ءاتوني أفرغ عليه قطرا  (surah kaff )
-Kuffiyun iaitu imam asim,hamzah ,dan kisai’ membaca ya’ dengan baris sukun pada 2 tempat :
1. فلم يذد هم دعائى (surah nuh )
2. ملة ءابائ إبراهيم (surah yusuff )
-Kuffiyun serta ibnu kathir mengsukunkan ya’ pada kalimah berikut :
1. وحزني الى الله = حزني (surah yusuff )
2. وما توفيقي الا باالله = توفيقي  (surah hud )
-Semua qurra’bersepakat mensukunkan ya’ pada kalimah berikut :
1. يصدقني انى احاف (surah qasos )
2. أنظرني الى يوم يبحثون (surah a’raf )
3. فاءنظرني الى يوم يبعثون (surah hijr )
4. لولا أخرتني الى اج (surah munafiqun )
Syarah
*Ya’ izafah yg datang selepasnya alif lam ta’rif ada dalam 4 tempat :
-Hafs hanya baca sukun pada 1 tempat shj iaitu ينال عهدى الظالمين)لا( surah al baqarah.
-Imam Asim dan qurra’ yg lain selain Ibnu Amir ,Hamzah dan kisai’ membac ya’ pada kalimah
قل لعبادى الذين ءامنو    surah Ibrahim dengan fathah.
-Imam Asim dan qurra’ yang lain selain Ibnu Amir dan hamzah akan mengfathahkan ya’ pada kalimah اءصرف عن ءايبننى الذين)س(.
-Imam Asim dan qurra’ yg lain selain hamzah membac ya’ dgn baris fathah pd 14 tempat .

Syarah
-Ya’ izafah yg datang selepasnya hamzah wasol mufradah terdapat pada 7 tempat .
-Imam Asim dan qurra’ yg lain selain ibnu kathir dan abu amru membac ya’ dgn baris sukun pd 2 tempat di bawah :
1. هرون أخى اشددبة (surah toha )
2. اني اصطفيتك على الناس (surah a’raf )
-Imam Asim dan baki qurra’ yg lain selain Nafi’ ,Ibnu Kathir ,Abu Amru membaca ya’ dgn baris sukun pa kalimah berikut :
1. واصطتعتك لنفس اذهب (surah toha )
2. ولا تنيافي ذكرى اذهبا (surah toha )
-Imam Asim dan baki qurra’ selain Nafi’ Abu Amru, dan bazzi akan membaca ya’ pada kalimah                                                                                           
ان قومي اتخذوا  dengan sukun .
-Syu’bah ,Nafi’, Ibnu Kathir , Abu Amru membaca ya’ pd  بعدي اسمه احمد من dengan fathah .

Syarah

-Ya’ izafah yg datang selepasnya salah satu huruf hija’e , kecuali hamzah qoto’ dan hamzah wasol .
Khilaf qura’ ada pada 30 tmpat dalam bahagian ini :
Cntoh ;kalimah محياى dalam  ومحياى ونسكي (surah an’am )
-Tujuh qurra’ kecuali Nafi’ membacanya dgn baris fathah.
-Hafs ,Nafi’ ,Ibnu Amir membaca ya’ dgn baris fathah pada kalimah وجهي dalam ayat berikut ;
1. فقل اسلمت وجهي الله
2. اني وجهت وجهى للذى
-Hafs dan Hisham membaca ya’ dgn baris fathah pada kalimah بيتي .
-Imam Asim dan qurra’ yg lain selain Ibnu kathir membaca ya’ dgn baris sukun pada kalimah شركائ dan ووائ .
-Hafs ,Nafi’ dan Hisham membaca fathah ya’pada kalimah  دينوليdalam surah kafirun.
*Hafs ,Hamzah ,Kisai’dan Ibnu Amir mghazafkan pd kalimah يعباد لاخوف عليكم اليوم dgn 2keadaan iaitu waqof dan wasol.

Selasa, 4 Ogos 2009

الياءات الزوائد


الياءات الزوائد
-Ya’ zawaid ialah ya’ yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam murhaf uthmani.
 -4 perbezaan antara ya’ zawaid dan ya’ izafah ialah
1. ya’at izafah hanya boleh di jumpai dalam isim feel contohnya:
*Isim:الجوار
*Feel:يأت
Manakala ya’al izafah boleh dijumpai dlam isim,fe’el dan huruf.
2. Ya’ zawaid tidak ditulis dalam resam uthmani.manakala ya’at izafah ditulis tetap di dalamnya.
3. khilaf yang selalu dibahaskan dlm bab ya’at zawaid ialah mengenai hazaf dan isbat.manakal dlm bab ya’at izafah membincangkan tentang pembacaan ya’ dgn baris sukun atau fathah.
4. ya’at zawaid ada 2 jenis:
*Ya’at zawaid asli  : ya’ yang datang dari kalimah itu sendiri
                     Cnth : - يوم يأتالمناد
*Ya’at zawaid za’idah : ya yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukan dari kalimah itu sendiri
                       Cnth :ونذر –وعيد
-Ya’at zawaid dinamakan sebagai ya’ za’idah kerana penulisanya tiada dlm mushaf.
-Baki qurra’ termasuk imam asim menghazafkan ya’ dalam kedua2 keadaan iaitu pada wasal dan waqaf kecuali pada sesetengah kalimah.