Khamis, 3 September 2009

الـــمد و الـــقصر




Bab 7 :
الـــمد و الـــقصر


Mad dari segi bahasa lebih/tambahan.
Mad dari segi Istilah pula ialah memanjangkan sebutan suara lebih dari 2 harakat dengan huruf  Mad (pemangjang) pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah(ء) atau tanda sukun.
Qasr dari segi bahasa ialah tahanan/tetapan.
Qasr dari segi Istilah pula ialah menetap sebutan suara diatas huruf mad tanpa tambahan/memanjangkan sebutan suara tidak lebih dari 2 harakat.
*Huruf Mad ada 3:
1. Alif(ا) huruf sebelumnya berbaris atas. Contoh: قال
2. Wau(و) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contoh : يقول
3. Ya’(ي) huruf sebelumnya berbaris bawah. Contoh: قيل
Bahagian Mad:
Mad terbahagi kepada 2 bahagian besar:
1.Mad Asli (Mad Asas)
2.Mad Far’I (Mad Cabangan)
*Mad Asli ini mad yang asal wujudnya bagi huruf2 yang bertemu dengan huruf2 mad. Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. Ia dibaca 2 harakat ketika sambung atau berhenti. Mad asli juga dinamakan mad  tabi’i.
*Mad far’I, mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran mad asli disebabkan adanya huruf  hamzah atau tanda sukun selepas huruf mad maka bacaannya lebih panjang daripada mad asli. Ia terbahagi kepada 3 bahagian:
1.Mad Munfasil
*Huruf mad berada diakhir kalimah yang pertama, dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikut, maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan dalam 2 kalimah. Ia juga dinamakan mad ja’iz kerana para ulama qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya, diantaranya ada yang membacanya dengan kadar 2 harakat, empat atau lima harakat, dan ada yang membacanya denga 6 harakat. Menurut Hafs mad munfasil harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan huruf  mad bersambung dengan huruf  hamzah selepasnya, jika berhenti bacaan diatas huruf mad maka huruf sebelumnya dibaca 2 harakat.
2. Mad muntasil
*Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah ia juga dinamakan mad wajib kerana ulama qurra’ bersepakat memadkannya  lebih daripada mad asli iaitu denga harakat 4,5 atau 6 harakat.
3.Mad badal
*Huruf mad ditukar daripada huruf hamzah, asalnya terhimpun 2 huruf hamzah dalam satu kalimah, manakala huruf hamzah  pertama berbaris, huruf hamzah kedua bertanda sukun lalu ditukarkan huruf hamzah kedua kepada huruf  mad menurut baris huruf mad yang pertama, Imam Hafs membaca dengan kadar 2 harakat. Semua baki qurra’ membaca 2 harakat harakat kecuali ahli al-ada’ dan Warsy


Rabu, 2 September 2009

الهـــمزتين من كــــلمة




Bab 8 :
الهـــمزتين من كــــلمة



Apabila berhimpun 2 huruf hamzah dalam satu kalimah

Syu’bah membaca dengan tahqiq pada kedua2 huruf hamzah pada lafaz (ءأعجميّ وعربيّ) pada surah al-Fussilat.

Kemudian pada ayat (قال فرعونءامنتم به) surah al-A’raf, syu’bah dan baki Qurra’ membaca tahqiq pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua

Selasa, 1 September 2009

الهـــمزتين من كـــلمتين




Bab 9 :
الهـــمزتين من كـــلمتين


*Baki Qurra’ selain ahli samawi (Nafi’, Ibn Kasir, Abu Amru) iaitu Ibn Amir dan Kuffiun (Asim,
Hamzah, dan Kisaie) membaca dengan hamzah yang sempurna. Apabila berhenti pada kalimah yang
 akhirnya hamzah yang pertama dan sambung denga yang kedua, maka tidak boleh diubah hamzah
muhaqqah pada setiap Qurra’ kerana ia (التعييرت) didalam hamzah yang kedua tidak terjadi kecuali
keadaannya bersambung pada dua kalimah sebahagiannya.

Ahad, 30 Ogos 2009

الهـــمز المـــفرد




Bab 10 :
الهـــمز المـــفرد




Hamzah mufrad ialah hamzah yang duduk secara sendirian.
Tetapi hamzah mesti berada kedudukkanف  (فعل) .
Contoh: يؤمن
         :يفعل
Tetapi bab ini imam yang bertanggungjawab ialah wars.
Wars menukarkan hamzah kepada huruf yang sesuai baginya misalnya :
تألمون = تالمون

Dalam kaedah mad badal setiap imam qurra’ wajib mendatangkan dua hamzah dalam satu kalimah.
Contohnya:baris fathah mesti tukar alif(ءادم=آدم).
                  :Baris dhomah mesti tukar huruf waw(وأوتوا).
                 :Baris kasroh mesti tukar huruf ya’(ايمانا).

*Baki qurra’ dan asim membaca seperti imam yang lain melainkan wars.


Sabtu, 29 Ogos 2009

نقـل حركـة الهـمزة إلـى السـاكن قبـلها




Bab 11 :
نقـل حركـة الهـمزة إلـى السـاكن قبـلها



Dalam bab Naqal baris huruf hamzah (ء) kepada huruf yang sukun yang berada sebelumnya, diharuskan bagi semua Qurra’ membaca dengan 2 wajah ketika hendak memulakan dengan kalimah (الإسم) dalam ayat 11 surah al-Hujurat.
(بئس الإسم الفسوق بعد آلإيمـــن)


Oleh itu, Imam ‘asim dan para rawinya(syu’bah dan hafs) akan turut membaca dengan naqal pada kalimah (بئس الإسم) dalam ayat 11 surah al-hujurat tersebut dengan 2 wajah.

Jika hendak memulakan bacaan pada kalimah (الإسم) terdapat 2 wajah yang boleh di baca:
1.dengan menyebut huruf hamzah (ء) wasal (الإسم)
2.dengan menyebut huruf  lam ta’rif (لام تعريف) terus (الإسم) tanpa hamzah wasal.



Jumaat, 28 Ogos 2009

وقف حــمزة وهشــام علــى الــهمز




Bab 12 :
وقف حــمزة وهشــام علــى الــهمز


Maksud tashil ialah pilihan ada 4 pilihan:
1.Ibdal(ganti)
2.Naqal(pindah)
3.Tashil baina 2(mempermudahkan)
4.Hazaf(buang)
Syarah(النقل)
Menggantikan hamzah kepada huruf yang sesuai baginya.misalnya(اطماننتم)(المومنون)semau qurra’ membaca(اطماءننتم)(المؤمنون)

Syarah  (النقل)
Pilihan hamzah kepada hamzah ketika waqaf misalnya(ملء)=(مل) dan (ذفء)=(ذف).

Syarah  (تسهيل س س  )
Menggantikan hamzah kepada huruf yany sesuai bagi barisnya.misalnya(ملأئكه)=(ملأيكه).

Syarah   (الحذف)
Membuangkan hamzah ketika waqaf misalnya(السماء)=(السما).
*Baki qurra’ dan asim membaca seperti imam yang lain,melainkan imam hamzah dan hisyam.

Rabu, 19 Ogos 2009

الإظهـار والإدغـام


الإظهـار والإدغـام

Syarah..

*Idghom terbahagi kepada 2 :
1.الإدغام الكبير
2.الإدغام الصغير

- Idghom kabir apabila bertemu 2 huruf berbaris dalam satu kalimah .
-Idghom soghir yang awalnya berbaris mati (sukun ) dan huruf yang keduanya berbaris hadapan.


*Dalam al-Quran kalimah Izhar Mutlak mempunyai empat iaitu:


1. صنـوان
2. قنـوان
3.دنـيا
4.بنـيان